Marketing Management Untuk Produk Kesihatan & Kecantikan

Produk, Fokus Anda.
Pemasaran, Fokus Kami.

Ramai pemilik produk kesihatan dan kecantikan letak seluruh tenaga untuk pastikan kualiti produk terbaik. Tapi bila sampai kepada TikTok, Shopee, ads dan growth, masa dan expertise untuk itu dah tak ada. ANTAM ambil alih bahagian pemasaran sepenuhnya, supaya anda terus fokus buat produk yang bagus. Kami hanya ambil 10 bisnes owner sahaja pada satu-satu masa.

Kekosongan Semasa 7 / 10 terbuka
3 slot telah diambil Bukan untuk semua orang
Masalah Sebenar

Bukan Kualiti Produk Yang Bermasalah

Kualiti produk anda bukan masalah. Masalah dia, waktu dan expertise untuk pemasaran yang anda tak ada, dan itu memang bukan kerja anda.

01

Tak tahu macam mana nak mula di TikTok. Content dibuat sekali sekala, tak konsisten, dan tak pernah benar-benar translate kepada jualan. Live pun tak tahu macam mana nak strategikan.

02

Produk dah listing di Shopee, tapi jualan organic senyap. Tak faham macam mana listing sepatutnya dioptimize supaya muncul dalam search dan menang kepercayaan pembeli.

03

Dah cuba run ads sendiri atau upah orang, tapi result tak jelas. Duit habis untuk iklan, tapi tak nampak ROAS yang munasabah. Tak tahu sama ada masalah di ads, produk, atau funnel.

04

Growth strategy untuk produk memang tak wujud. Tiada plan macam mana nak scale, repeat purchase, atau bundle produk. Jualan naik turun ikut nasib, bukan ikut sistem.

Untuk Siapa

Untuk Pemilik Produk Kesihatan & Kecantikan

Kalau anda dah letak sepenuh fokus untuk pastikan produk anda power dari segi kualiti, tapi bahagian pemasaran, iaitu TikTok, Shopee, ads dan growth, langsung tak sempat atau tak tahu nak mula, ANTAM dibina untuk anda. Tak kisah jenis produk apa pun.

Suplemen & Kesihatan Skincare & Kecantikan Penjagaan Diri Produk Herba Kesihatan Wanita Grooming
Kenapa Had Kepada 10

Bukan Gimik. Ini Sebab Sebenar.

Kerja kami bukan sekadar post lepas post pastu hantar report bulanan. Setiap client ANTAM kami kerja rapat, macam bahagian dalaman bisnes sendiri, dari audit produk, strategi harga, content, ads, sampai closing.

Kerja jenis ini tak boleh discale kepada beratus client serentak tanpa kualiti jatuh. Jadi kami sengaja hadkan kepada 10 bisnes owner sahaja pada satu-satu masa, supaya setiap orang dapat perhatian yang sepatutnya.

Bila satu slot penuh, anda kena tunggu sampai ada tempat terbuka semula.

10
Slot Sahaja. Tiada Pengecualian.
Proses Kami

Cara ANTAM Bekerja

01

Audit Produk & Pasaran

Kami kaji produk sedia ada, positioning semasa, dan potensi pasar sebenar sebelum apa-apa strategi dibina.

02

Bina Sistem Jualan

Kami bina funnel, content dan strategi ads yang sepadan dengan kredibiliti anda, bukan sekadar hard-sell.

03

Lancar & Uji

Sistem dilancarkan secara terkawal, data dikumpul, dan strategi diperhalusi ikut respons pasar sebenar.

04

Scale Dengan Sistem

Bila sistem dah terbukti berkesan, kami bantu scale tanpa anda perlu tambah masa peribadi anda.

Perbezaan Kami

Kenapa Bukan Agency Biasa

ANTAM Agency / Freelancer Biasa Kesan Kepada Anda
Khusus untuk produk kesihatan & kecantikan Layan semua jenis produk sama rata Strategi memang direka ikut cara pembeli produk jenis ini buat keputusan
Fokus kepada TikTok, Shopee & ads yang convert Posting content tanpa target jualan jelas Setiap channel ada peranan yang jelas dalam jualan anda
Maksimum 10 client pada satu masa Puluhan hingga ratusan client serentak Anda dapat perhatian sebenar, bukan sekadar giliran
Terlibat dari produk hingga closing Fokus posting content sahaja Satu sistem lengkap, bukan serpihan kerja
10 Tempat. Bukan Untuk Semua Orang.

Produk Anda Patut Jual
Lebih Baik Dari Sekarang.

Kalau anda rasa produk anda ada potensi lebih daripada apa yang anda nampak sekarang, dan anda sanggup letak kepercayaan kepada sistem yang betul, jom kita borak dulu. Tiada kos untuk sesi semakan kelayakan ini.